Isnin, 20 Jun 2016

MASJID MUHAMMADI

Masjid Muhammadi


Ariel View : Masjid Muhammadi Kota Bharu, Kelantan [Sumber : pixoto.com]
Pendahuluan
Masjid merupakan Rumah Allah, dan menjadi kewajipan setiap pemerintah Kerajaan Islam membina kemudahan ibadat ini dengan harapan seluruh rakyat boleh memakmurkan Rumah Allah ini. Begitulah adatnya diseluruh Alam Nusantara ini, masjid dan surau ada dimana sahaja dan tidak menjadi satu masalah kepada Umat Islam untuk menunaikan kewajipan Ibadat Solat termasuklah di Kelantan.
Masjid yang sentiasa diingati di Kelantan adalahMasjid Muhammadi. Masjid ini menyaksikan Islam berkembang dengan pesat di Kelantan berikutan ia menjadi lokasi utama masyarakat umum dari Kelantan, Patani, Terengganu, Kedah serta dari Acheh menadah ilmu agama Islam sebelum melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci Mekah dan Al Azhar di Mesir. Ramainya penuntut dan pelajar yang bermusafir di Masjid Muhammadi menyebabkan mereka membina kediaman sementara sekitar Masjid yang dikenali sebagai pondok sebagai tempat berteduh menunggu hari siang. Begitulah kelangsungan budaya menuntut ilmu di Kelantan terutamanya di Kota Bharu pada waktu itu, tetapi ramai yang melihat fungsi Masjid Muhammadi sekadar sebagai pusat perkembangan Ilmu di Kelantan, jarang yang cuba menyelidiki kisah disebalik pembinaan dan tujuan ia dibina dengan senibinanya yang unik yang pada satu masa dirujuk sebagai Masjid Besar Kelantan.
Pembinaan
Tarikh tepat mengenai pembinaan masjid ini tidak dapat dipastikan, setakat yang diketahui ianya telah berdiri ratusan tahun lampau, bagaimanapun ia sering dilanda banjir hinggalah pentadbiran Sultan Muhammad II (1838-1886) mengarahkan pembinaan semula masjid tersebut di atas tapak asal masjid lama selepas ia dilandabah pada 1847. Pada masa pemerintahan baginda juga, Kelantan telah mengamalkan undang-undang syariah sepenuhnya malah Hukum Hududjuga telah dikuatkuasakan.
Berdasarkan kepada foto 1905, itulah rupa bentuk Masjid Besar, paling menarik penulis dalam gambar ini adalah lampu jalan berhampiran pintu gerbang masjid. Ketika ini strukturnya masih sepenuhnya dalam senibina Melayu yang menggunakan kayu-kayu terpilih hinggalah ia mula diubah suai dengan penggunaan konkrit pada 1922 dan sehinggalah ianya dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail I ibn Almarhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931 dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.

Gambar 1 : Masjid Besar 1905 [Sumber : Monograf Warisan Kelantan VII 1984] 
Gambar 2 : Masjid Muhammadi Pada 1960
Gambar 3 : Masjid Muhammadi pada masa kini
Gambar 1-3 adalah bukti akan perubahan yang berlaku kepada Masjid Muhammadi. Gambar pertama memaparkan senibina masjid ini masih lagi utuh dengan binaan orang-orang Melayu yang menggunakan kayu kayan, namua ia mula berubah setelah ia diubah suai dengan penggunaan konkrit, ia telah memasukkan unsur seni bina asing dalam binaan masjid. Sejajar dengan umur masjid ini yang lama, wajar ia dibaik pulih serta dilakukan penambahbaikkan untuk melanjutkan lagi tempoh penggunaannya, untuk rekod masjid ini telah menjalani proses penambahbikkan sekurang-kurangnya setiap 10 tahun bermula 1959, 1968, 1976, dan 1987.
Pada gambar kedua, kelihatan masih dikekalkan unsur binaan kayu, bagaimanapun sudah kelihatan menara batu setinggi tiga tingkat di sebelahnya, gabungan antara binaan asli dan moden dalam gambar 2 itu cukup mengkagumkan, bagaimanapun binaan ini tidak lagi wujud pada gambar 3, dipercayai ia telah musnah dalam Peristiwa Bah 1967 yang melanda seluruh Kelantan dan ianya digantikan dengan struktur konkrit pada 1976. Hikmahnya, selepas menjalani beberapa fasa penambahbaikkan Masjid Muhammadi terus utuh dan hingga kini ia mampu menampung jemaah seramai 2400 orang dengan keluasan 10,600 kaki, kapasiti ini cukup menggambarkan akan struktur masjid ini, justeru ia relevan untuk dijolok sebagai Masjid Besar Kota Bharu. 

Masjid Besar KB 1930

Rakam pada hari perasmian Masjid Muhammadi
pada 31 Julai 1931
Sumbangan Masjid
Menara Masjid 1945Masjid ini sebenarnya amat sinonim kepada seluruh masyarakat Semenanjung terutama mereka yang aktif dalam pengajian Islam, pada dekad 1920an ia dianggap sebagaiUniversiti Terbuka di Kelantan malah seluruh negara berikutan telah melahirkan ramai alim ulama dansiswazah pondok.  Malah beberapa ulama besar Kelantan dan Semenanjung seperti Tuan Tabal (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912), & Tok Kenali (1869-1933) telah diberi amanah untuk mengajar di Masjid ini. Pada masa itu semua orang bebas datang untuk menuntut ilmu  dan ianya percuma sepertimana diamalkan di Masjidil Haram yang juga lokasi selanjutnya kepada pelajar-pelajar setelah mendalami pendidikan Islam di Masjid ini, kerana itu Kelantan telah mendapat gelaran Serambi Mekah.
Selain menjadi pusat perkembangan Islam di Kelantan dan Semenanjung yang ditunjangi oleh ulama-ulama terkenal, peranan Imam Masjid Muhammadi juga penting untuk merencanakan pemeliharaan masjid serta pengisiannya selain itu Imam juga bertindak sebagai Khadi yang suatu ketika dahulu terlibat juga dalam menentukanHukum dalam Undang-Undang Syariah Kelantandan fungsi Imam pada zaman itu lebih besar berbanding Imam pada zaman kini.
Berikut 10 Imam Besar Masjid Muhammadi:
Haji Muhammad Salleh, Kg. Masjid, Kota BharuHaji Abdul Rahman Arab Kg.Mek Senggora, Kota BharuHaji Wan Abdullah bin Wan Derahim,Sg.BudorHaji Che Samat bin Che Senik, Kg.Laut TumpatHaji Nik Wan Daud bin Haji Wan Sulaiman,Kg.Atas Banggol, Kota BharuHaji Wan Muhammad bin Haji Abdul Samad, Kg. Tok SemianHaji Nik Mahmud bin Haji Wan Abdul Kadir, Kg. Nik Dhir Nakhoda, Kota BharuHaji Ahmad Hafidz bin Haji Jamaluddin,Kg. Che Su, Kota BharuHaji Wan Ahmad bin Haji Muhammad Said,Kg.Balik Kota, Kota BharuHaji Nik Abdul Rahman bin Haji Wan Abdullah, Kg. Tok Semian, Kota Bharu
Imam Muda
Haji Wan Muhammad bin Haji Abdul Samad [16/11/1896 - 4/11/1907]Haji Nik Mahmud bin Haji Nik Abdul Kadir [8/2/1909 - 8/2/1921]Haji Ahmad Hafidz bin Haji Jamaludin [9/2/1921-28/2/1942]Haji Wan Ahmad bin Haji Muhammad Said [1/3/1942-30/4/1943]Haji Nik Abdul Rahman bin Nik Kub [1/5/1943 - 30/6/1949]Haji Nik Mat bin Nik Kub [1/1/1949-28/2/1951)
Imam Waktu
Haji As'ad bin Haji Daud Haji Ahmad Hafdz bin JamaluddinHaji Nik Mat Puteh bin Khatib Wan MusaHaji Ishak bin Lebai Din/ShamsuddinHaji Abdul Aziz bin Haji NohUstaz Haji Ismail bi Yusuf
Khatib
Haji Wan Musa bin Haji Wan SulaimanHaji Wan Omar bin Haji Wan SulaimanHaji Muhammad Said bin Haji JamaluddinHaji Wan Abdullah bin Haji Abdul SamadHaji Wan Daud bin Haji Wan IsmailHaji Wan Ahmad bin Haji Muhammad SaidHaji Nik Muhammad Adeeb bin Haji Nik Mat ApiHaji Nik Abdulrahman bin Nik KubHaji Ismail bin Haji Abdul Majid
Bilal
Haji Jusoh KechikHaji Yusof bin Muhammad TaibHaji Abdul Latif bin JalaluddinHaji Muhammad Salih bin MusaHaji Nik Mustafa bin Nik MahmudHaji Ahmad bin Haji MamatHaji Muhammad bin Haji YussofHaji Ishak bin Lebai Din / ShamshddinHaji Ismail bin Abdul RahmanHaji Abdul Latif bin Abu BakarHaji Abdul Aziz  bin Haji NohHaji Yusof bin Haji BulatHaji Muhktar bin Haji AhmadHaji Abdulrahman bin MudaHaji Nordin bin IdrisMuhammad Saufi bin IsmailHaji Abdul Rahim bin Haji Ahmad



PENGENALAN Masjid Muhammadi Kota Bharu adalah merupakan masjid negeri yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Ia mempunyai latar belakang sejarahnya yang tersendiri bermula sejak awal pembinaannya hingga ke hari ini. Kedudukannya di tengah –tengah bandar Kota Bharu telah menjadikan Masjid Muhammadi dikenali dan dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat. SEJARAH AWAL MASJID MUHAMMADI Dahulu : bernama Masjid Besar Kota Bharu Didirikan pada tahun 1867. Asalnya ialah sebuah masjid kayu yang dipindahkan dari tapak asal di Sungai Budor, Seberang Paloh akibat ancaman banjir dipercayai masjid pertama wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (akhir 1830an-Oktober 1886) Ada pendapat yang menyatakan masjid ini dibina lebih awal iaitu pada zaman Sultan Muhammad I (1801-1837).